Sejarah سجاره
Tulisan Jawi di gunakan hanya selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan terawal yang digunakan di Nusantara adalah tulisan Pallava Grantha yang berasal dari India selatan. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
Abjad
Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[1]| Nama | Bentuk huruf | Padanan Rumi | |||
|---|---|---|---|---|---|
| Tunggal | Awal kata | Tengah kata | Akhir kata | ||
| alif | ﺍ | ﺎ | a | ||
| ba | ﺏ | ﺑ | ـﺒ | ـﺐ | b |
| ta | ﺕ | ﺗ | ـﺘ | ـﺖ | t |
| sa | ﺙ | ﺛ | ـﺜ | ـﺚ | s, (th) |
| jim | ﺝ | ﺟ | ـﺠ | ـﺞ | j |
| ha | ﺡ | ﺣ | ـﺤ | ـﺢ | h, (ḥ) |
| ca | ﭺ | ﭼ | ـﭽ | ـﭻ | c |
| kha | ﺥ | ﺧ | ـﺨ | ـﺦ | kh |
| dal | د | ـد | d | ||
| zal | ﺫ | ـذ | z, (dh) | ||
| ra | ﺭ | ـر | r | ||
| zai | ﺯ | ـز | z | ||
| sin | ﺱ | ﺳ | ـﺴ | ـﺲ | s |
| syin | ﺵ | ﺷ | ـﺸ | ـﺶ | sy |
| sad | ﺹ | ﺻ | ـﺼ | ـﺺ | s, (ṣ) |
| dad | ﺽ | ﺿ | ـﻀ | ـﺾ | d, (ḍ) |
| ta | ﻁ | ﻃ | ـﻄ | ـﻂ | t, (ṭ) |
| za | ﻅ | ﻇ | ـﻈ | ـﻆ | z, (ẓ) |
| ain | ﻉ | ﻋ | ـﻌـ | ـﻊ | awal: a, i, u; akhir: k, (‘) |
| ghain | ﻍ | ﻏ | ـﻐـ | ـﻎ | gh |
| nga | ڠ | ڠـ | ـڠـ | ـڠ | ng |
| fa | ﻑ | ﻓ | ـﻔ | ـﻒ | f |
| pa | ﭪ | ﭬ | ـﭭ | ـﭫ | p |
| qaf | ﻕ | ﻗ | ـﻘ | ـﻖ | k, q, (q) |
| kaf | ک | ﻛ | ـﻜ | ـک | k |
| ga | ڬ | ڬـ | ـڬـ | ـڬ | g |
| lam | ﻝ | ﻟ | ـﻠ | ـﻞ | l |
| mim | ﻡ | ﻣ | ـﻤ | ـﻢ | m |
| nun | ﻥ | ﻧ | ـﻨ | ﻦ | n |
| wau | ﻭ | ـو | w, u, o | ||
| va | ۏ | ـۏ | v | ||
| ha | ﻩ | ﻫ | ـﻬ | ﻪ | h |
| ya | ﻱ | ﻳ | ـﻴـ | ﻲ | y, i, e taling |
| ye | ى | ـى | e pepet hujung | ||
| nya | ڽ | پـ | ـپـ | ـڽ | ny |
| hamzah | ء | ء | awal: gugur; akhir: k, (’) | ||
| ta marbutah | ة | ـة | t, h, (ṯ) | ||
- Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
- Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.
- Huruf ۏ diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf
v. - Huruf ء imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti کبڠساءن . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf ء pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan ء .
Menulis Jawi di komputer
Untuk menulis jawi di komputer, pengguna perlukan empat komponen;- sistem komputer yang menyokong UNICODE
- fon yang mempunyai huruf-huruf jawi
- papan kekunci yang membolehkan pengguna memasukkan huruf-huruf jawi
- perisian yang menyokong tulisan kanan-ke-kiri
Sistem komputer
Sistem pengoperasian Vista/XP menyokong UNICODE, dan ini membolehkan pengguna menulis jawi dengan mudah. Dalam penulisan jawi di Vista/XP, ia memerlukan enjin paparan yang akan memaparkan tulisan jawi secara betul. Pada XP, enjin ini adalah c:\windows\system32\usp10.dll. Versi yang digunakan adalah versi 1.40. Versi ini menyokong penulisan kanan-ke-kiri tetapi tidak dapat memaparkan semua huruf jawi dengan betul. Contohnya, pengguna tidak boleh memaparkan huruf 'gaf' atau 'kaf' dengan betul.Pada Vista, enjin usp10.dll adalah versi 1.61, dan enjin ini menyokong semua huruf jawi dengan betul. Anda boleh menukar usp10.dll' anda kepada versi yang terkini.
bayu
Papan kekunci jawi
Dewasa ini belum ada satu piawai untuk papan kekunci jawi. Namum, beberapa badan kerajaan seperti SIRIM, MyNIC, UKM dan DBP sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan satu piawai untuk papan kekunci jawi. Papan kekunci cadangan ini adalah diasaskan pada papan kekunci Arab(Saudi Arabia).Satu contoh papan kekunci jawi boleh diperolehi di sini.satu contoh papan kekunci jawi. Anda boleh mereka-cipta papan kekunci dengan mudah dengan menggunakan MSKLC. Umpamanya, anda boleh menggunakan kaedah ponetik, umpamanya huruf a dipadankan dengan ا, huruf b dengan ب dan sebagainya.
Perisian
Kebanyakan perisian dewasa ini menyokong UNICODE dan tulisan kanan-ke-kiri. Contohnya, OpenOffice 3.0'(percuma dan berdasarkan sumber terbuka)', Ms Office 2007, notepad.exe and wordpad.exe. Anda tidak perlukan sebarang perisian mahal untuk menulis jawi.Contoh
Nama-nama hari dalam tulisan Jawi
| Isnin | اثنين |
| Selasa | ثلاث |
| Rabu | رابو |
| Khamis | خميس |
| Jumaat | جمعة |
| Sabtu | سبتو |
| Ahad | احد |
Bacaan lanjut
Sejarah
- H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263.
- R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40.
- J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.
Kaedah
- Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.
- Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.
RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi
No comments:
Post a Comment